Thursday 7 November 2013

Tajuk Kajian : Langkah-langkah pengurusan tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar

B6D2E1  ~~> Geografi

-Pelajar dikehendaki menghasilkan sebuah folio yang berkaitan dengan langkah-langkah pengurusan tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar. Pelajar boleh memilih satu kawasan yang berhampiran tempat tinggal pelajar untuk dijadikan lokasi kajian.

Nama Ahili Kumpulan :  Lee Mong Yi
                                         Tong Shu Ling
                                         Chua Yik Wei
                                         Lai Mei Qiu
Tingkatan                     : 1 Berlian
Nama Guru Subjek       : En. Zakwan, Pn. Siti Zaidah
Nama Sekolah              : SMK Iskandar Shah
  
                                  
Penghargaan    

     Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada cikgu geografi, Cikgu Zakwan dan Cikgu Siti Zaidah kerana dengan bantuan dan panduan yang diberikan telah membolehkan kami menjalankan kajian ini mengikut format yang telah ditetapkan. Ucapan terima kasih juga kepada ibu bapa kami yang telah memberi sokongan dan dorongan kepada kami untuk menyiapkan kajian ini.  Banyak masa yang telah mereka luangkan dan wang ringgit yang telah dibelanjakan demi memastikan tugasan yang diberikan disiapkan dengan jayanya.
     Tidak lupa juga kepada rakan-rakan kami. Mereka telah memberi maklumat yang berguna kepada kami. Di samping itu, mereka juga menyokong kami untuk menyelesaikan pelbagai masalah semasa kami membuat kajian ini. Akhir sekali, ucapan ribuan terima kasih kami tujukan kepada semua pihak yang menolong kami. Bantuan yang diberi oleh mereka tidak ternilai harganya dan kami akan menghargainya selama-lamanya.

Pendahuluan

Kami pelajar Tingkatan 1 Berlian, Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah telah memilih tajuk langkah-langkah pengurusan tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar untuk Projek Kajian Geografi Tempatan kami. 

Sebagai memenuhi kehendak subjek geografi, kami diwajib menyiapkan satu kerja lapangan Kajian Geografi yang bertajuk "Kajian tentang Langkah-langkah Pengurusan Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar". Kawasan yang telah saya pilih untuk kajian ini adalah kawasan perumahan di Taman Permai, Bemban.

Sebelum menjalankan kajian ini, Cikgu Geografi kami telah membincangkan dan menerangkan kajian yang akan kami jalankan nanti. Kajian ini telah dijalankan selama dua minggu. Kami bersama-sama menulis laporan kajian ini berdasarkan data maklumat yang dikumpulkan secara berkumpulan.

Kami telah memilih kawasan ini kerana berdekatan dengan sekolah dan memudahkan kami membuat kajian ini. Dalam proses kami membuat kajian ini, mendapati bantuan daripada rakan-rakan , jiran tetangga dan keluarga  untuk menyiapkan laporan kajian ini.


Objektif Kajian

A)  Menyenaraikan jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi dan   
      hidupan liar di kawasan kajian.
B)  Mengenal pasti dengan lebih mendalam tentang jenis tumbuh-
      tumbuhan semula jadi dan hidupan liar di kawasan kajian.
C)  Mengenal pasti struktur atau profil tumbuhan semula jadi.
D)  Melukis peta lakar taburan tumbuh-tumbuhan semula jadi di 
      kawasan kajian.
E)  Menyenaraikan kepentingan tumbuha-tumbuhan semula jadi 
      dan hidupan liar kepada manusia.
F)   Mencadangkan langkah-langkah untuk memelihara tumbuh-
      tumbuhan semula jadi dan hidupan liar.

Kawasan Kajian

Taman Permai, Bemban

Kaedah Kajian

-Kaedah Pemerhatian :
Kami menggunakan kaedah ini untuk mengenal pasti jenis tumbuhan-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar. Kaedah ini penting untuk melihat apa yang ada di kawasan kajian seperti jenis-jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi, petempatan dan lain-lain yang berkaitan dengan kajian kami ini. Semua yang dilihat akan dicatakan di dalam buku catatan untuk digunakan semasa membuat laporan kajian. Pemerhatian dibuat dengan cara membuat tinjauan dan penglihatan kawasan kajian. Pemerhatian dibuat terhadap jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar.

-Rujukan :
Kami juga melayari internet untuk mendapatkan lebih maklumat tentang kawasan kajian yang tidak boleh didapati melalui pemerhatian atau melalui kaedah soal selidik.
Saya juga turut mengumpulkan maklumat tambahan dengan merujuk buku teks tingkatan 1 dan buku rujukan di perpustakaan.

-Temu Bual :
Kami juga mengumpulkan maklumat dengan menemu bual beberapa orang penduduk di kawasan kajian. Temu bual dibuat dengan cara bertanya atau menemukan soalan, meminta pandangan dan pendapat daripada orang tertentu. Ini dilakukan secara tidak langsung apabila bertemu dengan seseorang. Temu bual sering dibuat di rumah responden, di restoran dan kedai makanan, di perhentian bas dan teksi serta di mana-mana sahaja yang difikirkan boleh mendatangkan faedah. Biasanya temu bual ini dibuat dengan orang ramai, penghulu, orang tua, dan penduduk di kawasan kajian.

Dapatan Kajian

A)  JENIS DAN TABURAN TUMBUHAN SEMULA JADI DAN HIDUPAN LIAR


    Setelah mengkaji kawasan ini, kami mendapati bahawa kawasan ini mempunyai banyak tumbuh- tumbuhan dan hidupan liar yang terdapat di Taman Permai, Bemban. Antara jenis tumbuhan yang terdapat di Taman Permai, Bemban ialah cendawan, pokok renek, semak samun, tumbuhan epifit serta parasit dan pokok-pokok herba.  
                                                                    Cendawan   
     Di bahagian utara, terdapat banyak pohon-pohon menumpang dan tumbuh-tumbuhan menjalar. Contoh pohon-pohon menumpang ialah pokok duit-duit, paku pakis, kulat dan cendawan. Di bahagian selatan pula ditumbuhi banyak pokok kelapa, kelapa sawit, pokok mangga dan buluh. Sebahagian besar di kawasan ini ditumbuhi pokok- pokok renek serta semak samun. Pokok kelapa yang juga ditanam secara tradisional dan juga komersial. Ia juga dinamakan domestik. Selain kelapa, pisang juga ditanam tradisional. Pisang juga mempunyai pelbagai jenis kelebihan antaranya ialah membekalkan sumber tenaga kepada manusia untuk melakukan sesuatu tugasan. Pisang juga mempunyai kegunaan. Dalam perubatan tradisional, jantung pisang dianggap elok untuk pelbagai jenis organ dalam tubuh badan manusia seperti jantung, hati, paru-parudan  limpa. 
     Hidupan liar seperti monyet dan ular turut menjadikan hutan sebagai tempat pembiakan mereka. Selain itu, tupai dan kura-kura turut menjadikan kawasan ini sebagai habitat. Di beberapa bidang sawah, turut terdapat hidupan liar seperti lintah dan ikan-ikan serta burung. 
                                                                       Monyet
     Nipah adalah di antara tumbuhan palma yang tumbuh di lingkungan hutan bakau atau daerah pasang surut dekat tepi laut. Tumbuhan ini juga dikenali dengan nama-nama lain iaitu daon, daonan, buyuk, bhunyak, boboro, palenei, palene dan lain-lain lagi. Fosilserbuk suri palma ini diketahui berasal dari sekitar 70 juta tahun yang silam. Hasil hutan paya bakau adalah di antara pembekal hasil hutan yang berharga. 
     Di antara kepentingan hutan paya bakau ialah ia dapat menstabilkanb kawasan pantai dan bertindak sebagai penampan semula jadi. Ia juga memainkan peranan penting dalam melindungi kawasan pantai dan daya-daya hakisan dan kerosakan  
akibat bencana ribut taufan.
     Hutan paya air masin ini juga mempunyai tumbuh-tumbuhan semula jadi seperti bakau, api-api, perepat dan berus atau tumu. Hidupan air yang terdapat di situ adalah ikan,ketam, siput, udang, sotong dan kerang. 
     Kepelbagaian tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar yang dapat mempelbagaikan jenis flora dan fauna dengan terpeliharanya kawasan ini. Hutan menjadi  tempat tinggal dan tempat perlindungan bagi hidupan liar. Contohnya, sawah padi menjadi tempat pembiakan ikan-ikan serta lintah. Sebagai contoh tempat pembiakan bagi perlindungan pula adalah seperti burung hantu yang tinggal di tempat yang disediakan. Burung hantu adalah salah satu cara di antara kaedah biologi yang masih lagi digunakan oleh penduduk Pokok Sena. Dengan cara ini, ia dapat mengurangkan penggunaan racun serangga dan racun rumpai. Selain itu, burung kecil juga digunakan untuk memusnahkan serangga tanaman padi. Memang tersedia maklum bahawa habitat haiwan liar adalah hutan. Jika musnah hutan-hutan, hidupan liar turut terancam.
     Di sini, terdapat pelbagai tumbuhan semula jadi yang dapat dijadikan ubat tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Antaranya adalah misai kucing. Tumbuhan ini terkenal dengan dapat merawat penyakit kencing manis. Selain itu, ia dapat memperbaiki saluran kecing dan buah pinggang bagi mengelakkan penyakit batu karang. Daun mengkudu juga adalah salah satu cara perubatan tradisional yang
boleh dijadikan bahan ubat atau penguat tenaga.                                                             
                Daun Mengkudu                                                                                        
          <<<Pokok Misai Kucing
Tumbuhan lidah buaya dapat mengubati pelbagai penyakit termasuk kencing manis, sakit jantung dan sembelit. Emas cotek pula dapat mengekalkan tahap kesihatan termasuk meningkatkan tenaga, membaiki peredaran darah, menegecutkan rahim dan merawat paru-paru berair, darah tinggi, kencing manis, lemah jantung serta cirit-birit.








       Pokok Lidah Buaya                                                                          Emas Cotek 


B)  KEPENTINGAN TUMBUHAN SEMULA JADI DAN HIDUPAN LIAR


  • Pokok Kelapa Sawit 

Kelapa sawit merupakan salah tanaman eksport Malaysia. Kalau diteliti, kelapa sawit merupakan tanaman yang diusahakan secara besar-besaran dan ia mendatangkan pulangan yang besar iaitu sekitar RM10billion pada tahun 2000. Ia juga telah memberi peluang pekerjaan kepada ramai penduduk negara kita. Sejumlah 3.31 hektar tanah di Malaysia telah diusahakan dengan tanaman ini. 
  • Sawah Padi

Padi merupakan satu daripada tanaman bijiran dan merupakan makanan ruji bagi ramai penduduk dunia termasuk Malaysia. Padi sawah adalah jenis padi yang paling banyak ditanam kerana dapat mengeluarkan hasil yang tinggi. Padi sawah memerlukan banyak menggunakan air, baja dan perlu di tanam dengan cara yang teratur. Padi sawah yang ditanam di Malaysia sekarang merupakan hasil kacukan dan penyelidikan yang mengambil masa bertahun-tahun untuk menghasilkan benih padi yang bermutu. Penyelidikan oleh pihak MARDI membantu pembangunan jenis padi yang mampu mengeluarkan hasil yanglebih banyak, dan mempunyai daya tahan penyakit yang lebih tinggi. 


  • Pokok Sena

Pokok Sena merupakan kayu keras, kemerahan tahan anai-anai dan berbau harum seperti bunga mawar. Kayu ini dikenali di Indonesia sebagai amboyna sempena Ambon, di mana kebanyakan pokok ini ditemui. Seringkali kayu Sena dipotong nipis sebagai lapis veneer, bagi  menghasilkan perabot. Bunganya digunakan sebagai sumber madu sementara rebusan daun digunakan sebagai syampo. Kedua bunga dan daun dikatakan boleh dimakan.


  • Setawar

Pokok Setawar atau Setawa merupakan sejenis pokok yang amat menarik kerana cara pembiakannya yang menghasilkan anak pokok pada tepi daunnya. Daun pokok setawar yang tebal dan berair itu diselatupi dengan bahan berlilin bagi memperlahankan kadar kehilangan air. Selain itu, daunnya yang tebal dan berair itu mampu membekalkan makanan  dan air kepada anak pokok yang bercambah pada bahagian tepi daun.



  • Pandan

Pokok Pandan merupakan sejenis pokok yang banyak kegunaanya bagi orang-orang Melayu. Ia digunakan sebagai pewangi makanan seperti air sirap dan dalam upacara tertentu seperti sebagai bunga rampai dalam isti adat perkahwinan Melayu. Di Malaysia, pokok pandan dibezakan antara pandan biasa dan pandan wangi. Pokok Pandan Wangi adalah lebih kecil daunnya, tetapi berbau lebih wangi. Pokok Pandan merupakan sejenis tumbuhan tropika dalam keluarga genus pan danus dan digunakan dengan meluas dalam masakan di Asia Tenggara. Ia adalah pokok hijau menegak dengan daun panjang halus seperti bilah berjambak dan akar berkayu. Pokok ini adalah mandul dan jarang berbunga, dan ia membiak melalui keratan. 


  • Mengkudu

Pokok Mengkudu merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara  ASEAN yang lain. Pucuk Mengkudu juga boleh dibuat ulam. Pokok ini juga digunakan sebagai ubat tradisional. Pokok herba merujuk kepada tumbuhan renek berbatang lembut. Pada kebiasaannya pokok herba mempunyai batang yang lembut dan berair. Pokok-pokok herba telah lama digunakan oleh orang-orang Melayu dan Cina sebagai bahan ubat atau penguat tenaga. Pucuk atau daun muda mengkudu mengandungi khasiat makanan tinggi. Dalam tiap-tiap bahagian yang boleh dimakan mengandungi : air 89.1 gram (g), protein 3.9 g, lemak  0.6 g,karbohidrat 2.2 g, serat 3.0g, kalsium 114 miligram (mg), fosforus 14 mg, ferum 2.8 mg, natrium 18 mg, kalium 234mg, karotena 3619ug,vitamin A 603 ug, vitamin B1 1.5 mg, B2 0.32 mg niasin 1.0 mg vitamin C 115 mg.



  • Pokok  Manggis

Buah ini dikatakan boleh membantu memulihkan sistem imunisasi badan. Kulit buah manggis telah digunakan secara meluas di India sebagai ubat cirit-birit. Kulit buah manggis sekitar suku inci tebal dan mengandungi cecair amat pengering (astringent), yang mana, pada musim hujan, menghasilkan cecair melekit kekuningan, yang merupakan sejenis (gamboge). Orang orang Cina menggunakan kulit pokok sebagai sumber pewarna hitam, dan turut juga digunakan bagi mengubat cirit-birit. Selain itu, manggis juga mempunyai Cathechins, Polyphenols dan Polisakanida yang berkesan untuk menjadi ejen-antioksida semula jadi dan juga bahan anti-bakteria dan anti-kulat. Vitamin C, Zat Besi, Niasin, Kalsium, Protein, Serat Fiber, Vitamin B1 & B2 dan lain-lain mudah diperolehi secara semula jadi dari pemakanan Manggis.


  • Pokok Gajus


                                                       

Pokok Gajus atau juga dikenali sebagai "jambu golok" adalah sejenis pokok  berbuah. Nama saintifiknya ialah Anacardium occidentale dan ia tergolong dalam keluarga Anacardiaceae. Pokok ini berasal dari negara Brazil dan ditanam untuk mendapatkan bijinya. Biji buah gajus yang digoreng atau dipanggang adalah sejenis makanan ringan yang boleh didapati di pasaran. Ia juga boleh digunakan sebagai hidangan masakan dan kuih.Ia mempunyai daun yang lebar dan licin. Pucuknya boleh dimakan dan sering diambil bagi dimakan dengan dicicah budu. Pucuknya mempunyai rasa yang kelat sedikit tetapi sedap.

  • Pokok Bunga Raya

Bunga Raya juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu [1](Hibiscusrosasinensis) ialah sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun dalam genus Hibiscus yang sering ditanam sebagai pokok hiasan. Bunga ini ditanam secara meluas sebagaihiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika. Bunganya besar, merah, keras,tetapi tidak berbau. Pelbagai kultivar, varieti, dan hibrid telah dihasilkan, dengan warna bunga pelbagai dari putih kepada kuning dan kuning bata dan merah jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan berganda. Bunga ini digunakan bagi mengilat kasut disebahagian India.




  • Pokok Bunga Kertas

Pokok Bunga Kertas ( bahasa Inggeris: "bougainvillea") mempunyai bunga berwarna-warni yang berkembang sepanjang tahun dan oleh itu, telah menjadi pilihan tanamanhiasan tropika yang sangat popular. Berasal dari Amerika Selatan, pokok bunga kertassering ditanam di taman-taman, kawasan perumahan, dan kawasan hiasan laman. Semasa pokok bunga kertas berbunga, adalah kebiasaannya bahawa  kebanyakan daunnya akan luruh dan meninggalkan bunga-bunga dan dahan-dahan yang menarik. Nama botani bunga ini Bougainvillea spp. Pokok bunga kertas juga menjadi pilihan kacukan untuk menjadikan pokok bunga kertas yang mempunyai pelbagai dahan dengan bunga yang berlainan warna. Pokok bunga kertas menjadi pilihan ramai disebabkan bunga berwarna-warni yang cantik dan tahan lama, mudah dijaga, serta pokoknya yang tahan lama sehingga melebihi 20 tahun (jika dijaga dengan betul). Pokok bunga kertas kini juga menjadi pilihan bagi menghasilkan pokok bonsai renek.

C)   JENIS TUMBUHAN YANG TERDAPAT DI KAWASAN KAJIAN

  • Pokok Kesum
Pokok Kesum merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di ASEAN. Nama saintifiknya  Polygonum minus. Terdapat bahagian pokok Kesum yang boleh diambil untuk dijadikan makanan. Daun Kesum sering diambil dan dijadikan bahan masakan yang sungguh menyelerakan. 



  • Pokok Duit-duit
Pokok Duit-duit ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Araceae yang berasal daripada Malaysia, Indonesia, dan New Guinea. Pada suatu ketika digolongkan dalam genus Pothos, pokok ini kekadang silap digelarkan sebagai filodendron oleh kedai-kedai tumbuhan. Pokok Duit-duit ialah sejenis liana yang tumbuh sehingga 20 meter tinggi, dengan batang pokok sehingga 4 sentimeter diameternya. Pokok ini memanjat melalui akar-akar udara yang bercangkuk pada dahan pokok-pokok yang lain. Daun-daun nyamalar hijau dengan bintik-bintik kuning, berselang-seli, dan berbentuk jantung. Daun-daun muda adalah seluruh dan tumbuh sehingga 20 sentimeter panjangnya. Ketika matang, daun-daun itu mencapai 100 sentimeter panjang dan berbentuk  pinatifid, iaitu mempunyai lekuk sehingga tulang daun. Bunga Pokok Duit-duit berbentuk infloresen sehingga 23 sentimeter panjang, tetapi tidak pernah dinampak di Malaysia dan Singapura. Pokok Duit-duit ialah sejenis pokok hias-rumah yang popular. Terdapat banyak kultivar yang mempunyai daun-daun yang beraneka warna, termasuk warna putih, kuning, dan hijau muda. Pokok ini sering dipergunakan sebagai hiasan oleh pusat membeli-belah, pejabat, dan tempat-tempat awam yang lain disebabkan pokok ini amat lasak dan tidak memerlukan banyak jagaan. Selain itu, daun-daunnya amat menarik dan amat cekap untuk menghapuskan bahan-bahan cemar seperti formal dehid, xilena, dan benzena. 




Hasil Kajian

   Setelah menyiapkan Kerja Khusus Geografi ini, kami telah banyak mempelajari daripadanya. Pengalaman ini sungguh menarik dan berguna.
  Kami menyedari betapa bertuahnya penduduk Taman Permai, Bemban Kawasan kediaman mereka mempunyai banyak keistimewaan. Kampung ini mempunyai pelbagai tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar. Terdapat pokok menjalar seperti pegaga, kangkung dan pokok seri pagi, pokok menumpang seperti pokok duit-duit dan paku pakis, pohon kayu seperti pokok semambu, pokok machang dan pokok sena, pohon renek seperti pokok senduduk dan pokok mengkudu serta palma seperti kelapa. 
   Terdapat juga tumbuh-tumbuhan herba seperti misai kucing, pegaga, lidah buaya, bunga kekwa dan ulam raja. Dewasa ini, masalah-masalah persekitaran yang berkembang dengan cepat, yangdipengaruhi dengan pertumbuhan pesat bilangan penduduk, kerosakan persekitaran, eksploitasi bahan alam yang terbatas telah menimbulkan kegusaran masyarakat yangsangat serius terhadap alam sekitar. 
   Sebagai rumusannya, alam sekeliling harus menanggung keharmonian proses-proses biologi, atau mikro biologi yang ada. Keadaan ini mendorong sikap sebahagian masyarakat berubah.

Langkah-langkah memelihara dan memulihara 
1) Mewartakan Hutan Simpan dan Taman Negara.

Pelbagai langkah diambil oleh kerajaan untuk pemeliharaan dan pemuliharaan tumbuhan semula jadi serta hidupan liar di Malaysia. Antaranya termasuklah mewartakan hutan simpan dan taman negara sebagai kawasan perlindungan hidupan liar.

Majlis Perhutanan Negara ditubuhkan oleh kerajaan untuk mengurus, memelihara dan memulihara hutan di seluruh Malaysia. Majlis ini mengawal semula kegiatan perhutanan dengan menetapkan keluasan hutan yang boleh ditebang di setiap negeri setiap tahun. Langkah ini memastikan kemusnahan berlebihan tidak berlaku. Selain itu, majlis ini akan memastika keadaan hutan asli dikekalkan dengan penubuhan kawasan hutan simpan, hutan lipur, hutan perlindungan hidupan liar dan taman negara.

Antara beberapa contoh kawasan hutan tersebut termasuklah Hutan Simpan Paya Laut Matang di Perak, Hutan Simpan Belum di Perak dan Hutan Simpan Sungai Lalang di Semenyih, Selangor. Manakala kawasan taman negara pula termasuklah Taman Negara Endau-Rompin, Taman Negara Niah, dan Taman Negara Kinabalu. Penebangan hutan dan aktiviti perburuaan hidupan liar di kawasan-kawasan ini adalah diharamkan. 

2) Penanaman Semula Pokok-pokok

Kawasan hutan yang telah ditebang telah ditanam semula dengan pokok-pokok. Penanaman semula secara percubaan dijalankan sejak tahun 1920-an di Semenanjung Malaysia. Hutan yang telah ditebang dan kawasan yang terbiar aktivti pertanian pindah ditanam semula dengan spesis pokok kayu keras seperti akasia, yemane, dan batai. Spesis pokok-pokok ini dapat tumbesar dengan cepat, iaitu dalam tempoh 15 tahun. Projek penanaman semula ini dijalankan di negeri-negeri seperti Pahang, Johor, Selangor, Negeri Sembilan , Perak , Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak.



3) Penyelidikan Baka Tumbuhan

Baka spesis yang digunakan untuk penanaman semula ditetentukan selepas penyelidikan dijalanka oleh institute Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Kepong. Program penghutanan semula juga telah dijalankan di kawasan Hutan Simpan Paya Laut di Larut Matang, Perak. Disini, spesis paya laut seperti bakau kurap dan bakau minyak ditanam. Spesis pokok-pokok yang digunakan dalam usaha penanaman semula mempunyai potensi bagi kegunaan masa depan.

4) Penubuhan Ladang Hutan


Jabatan Perhutanan Malaysia menubuhkan lading hutan untuk mendapatkan bekalan kayu kayan yang berharga secara berterusan. Kira-kira 30% kawasan di Malaysia dijadikan Hutan Simpan Kekal. Hutan ini ditanam secara peradangan dan ditebang mengikut giliran selepas 30 atau 55 tahun. Hanya pokok yang cukup besar yang dipilih untuk ditebang. Penanaman semula pokok baru akan dijalankan di kawasan ini untuk menggantikan pokok-pokok yang telah ditebang.



Penubuhan lading hutan juga mengurangkan penebangan pokok dihutan asli. FRIM dengan kerjasama Universiti Pertanian Malaysia berusaha menjayakan projek lading hutan di Malaysia.  Kedua-dua institusi  ini memilih baka seperti akasia , yemane dan batai.






5) Rawatan silvilkultur


Rawatan silvilkultur memastikan hanya pokok-pokok yang berharga yang diberi peluang tumbuh. Pokok-pokok yang tidak bernilai dan bersaing dengan pokok lain diracun atau dipotong. Rawatan silvilkultur dijalankan di lading-ladang hutan. Langkah ini bertujuan untuk memelihara spesis pokok yang semakin pupus seperti cengal, jelutong dan rotan.



6) Pengawalan Pembalakan Hutan



Jabatan Perhutanan Malaysia menguatkuasakan beberapa undang-undang untuk mengawal pembalakan haram dan pemburuan hidupan liar. Antaranya termasuklah Akta Perhutanan Negara (Pindaan 1993) dan Enakmen Industri Berasaskan Kayu (1989). Melalui akta ini, tindakan undang-undang dapat diambil dan hukuman berat boleh dikenakan terhadap pihak yang melakukan kegiatan pembalakan haram atau pencerobohan hutan.



7) Pertubuhan Alam Sekitar

Malaysia bekerjasama dengan negara-negara ASEAN untuk menjaga , memelihara dan memulihara hutan mengikut Persetujuan Jakarta 1981. Badan-badan seperti Tabung Hidupan Liar Dunia (WWF), Persetujuan Pencinta Alam (MNS) , dan FRIM berusaha untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya memelihara dan memulihara alam sekitar.












B6D2E2  ~~> Geografi                                                                    
-Berdasarkan Internet, cadangkan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar. 


- Langkah pemuliharaan dan pemeliharaan

· Pemeliharaan:

Usaha untuk melindungi, merancang dan mengurus sumber semula jadi supaya kekal berterusan.

· Pemuliharaan:

Usaha untuk memulihkan sumber yang telah diganggu supaya kembali pada keadaan asal.


      Antara usaha yang diambil untuk mengekalkan keseimbangan alam sekitar adalah seperti berikut. 
  
Penghutan Semula 
  • Spesies pokok cepat tumbuh dan bermutu seperti akasia, batai,sesenduk ditanam di Bukit Tinggi, Pahang.
  • Ladang Hutan Jati di Kedah dan Perlis

Kitar semula
  • Memprosebarang yang telah digunakan menjadi barang baru.
  • Konsep 3R ( Reduce, Reuse, Recycle ) telah dipergunakan untuk mengendalikan barang yang boleh dikitar semula.
Mewartakan hutan simpan dan tanam negara
  • Melindungi flora dan fauna
  • Aktiviti pembalakan dan pemburu tidak dibenarkan di kawasan ini
  • Contohnya Hutan Simpan Endau - Rompin, Taman Neagara  Niah

Penanaman Berteres

  • Dijalankan di kawasan cerun bukit
  • Bertujuan mengurangkan hakisan tanih

Tanam tutup bumi
  • Kekacangan dan rumput ditanam di lereng-lereng bukit yang diteres
  • Membantu mengekalkan kebusuran tanih

Penggunaan baja organik

  • Menggantikan baja kimia
  • Mengurangkan pencemaran air dan alam sekiar
  • menggunakan guano (tahi burung dan tahi kelawar ) sebagai baja

Kaedah biologi 
  • Mengawal makluk perosak menggunakan ular dan burung hantu
  • Di ladang kelapa sawit ,ular dugunakan untuk menangkap tikus yang sering merosakkan buah kelapa sawit

Penyadiaan sistem saliran
  • Pembinaan longkang konkrit di cerun bukit

Kaedah pengurusan cerun 
  • Kawasan cerun curam dilandaikan
  • Menanam rumput di cerun
  • Membina dinding penahan hakisan

Penguatkuasaan Undang-undang
  • Pelbagai undang-undang untuk melindungi alam sekitar iaitu :

a) Akta Kualiti Alam Sekitar 1974

b) Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) - semua projek yang berkemungkinan 
    menjejaskan alam sekitar perlu menjalankan proses penilaian ini.

c) JAS ditugaskan untuk menguatkuasakan akta-akta berkaitan dengan kuali 
    udara, air, sisa industri, aras kebisingan dan penilaian alam sekitar.

Akta-akta yang digubal untuk menjaga alam sekitar.
______________________________________

B6D3E1 ~~> Geografi

-Pelajar dikehendaki menyertai aktiviti-aktiviti sama ada di 

sekolah atau kawasan tempat tinggal. Jelaskan kebaikan 

aktiviti tersebut. 

Kami telah menyertai aktiviti gotong-royong yang diadakan di sekolah. Antara kegiatan yang telah kami jalani adalah seperti berikut.  
  • Mengutip Sampah 
Kebaikan - Sekolah kita akan menjadi bersih dan murid dapat belajar di keadaan yang selesa.
  • Membersihkan Longkang
Kebaikan - Sekolah kami akan menjadi lebih bersih dan terhindar daripada penyakit aedes kerana longkang sudah dibersihkan. 
  • Mengecat Dinding
Kebaikan - Dinding sekolah akan menukar wajah yang baru dan menjadi ceria.
  • Mencabut Rumput
Kebaikan - Setelah mencabut rumput, pokok bunga tidak akan dipengaruhi oleh rumput liar semasa sedang bertumbuh.
  • Menanam dan Menyiram Pokok Bunga 
Kebaikan - Untuk memastikan pokok bunga tidak merayu dan dapat menghiaskan sekolah.